Sy mulakan sesi basic mekap dgn pengenalan kpd foundation atau bedak asas. Foundation adalah yg pertama-tama skali disapu pd wajah sebelum produk2 mekap lain di apply. Ianya disapu slps pelembap telah dikenakan pd wajah. Sapuannya sebelum memakai bedak akan menampakkan kulit yg lbh licin dan gebu ;)
Generasi skg sgt b'tuah kerana mpunyai pelbagai pilihan jenis2 foundation yg bersesuaian dgn jenis kulit masing2. Utk entry kali ini, sy akan menyenaraikan jenis2 foundation dan juga kesesuaiannya. As far as i know, ada 6 jenis foundation iaitu dari jenis tinted moisturizer, liquid, cream, mousse, compact dan juga stick. Kita pergi 1 persatu ye.
1)
Tinted moisturizer ~ ia sbnarnya adalah kombinasi antara pelembap dan juga foundation. Biasanya formula ini tidak berapa likat dan coverage atau litupannya juga adalah nipis shj. So ia sesuai utk kulit remaja dan juga kulit yg tidak mempunyai byk masalah atau flawless.
2)
Liquid foundation ~ plg popular kerana mudah disapu dan memberikan hasil yg kelihatan semulajadi (Sy juga selalu m'gunakan yg ni). Sesuai utk hampir semua jenis kulit kecuali kulit yg t'lampau kering. Utk yg m'punyai masalah kulit b'minyak atau kdg2 berjerawat, pilih formula yg oil-free.
3)
Cream foundation ~ mpy formula yg lbh likat dari liquid foundation, kaya dan melembap. Sesuai utk kulit kering atau yg berusia.
4)
Mousse foundation ~ juga agak melembap dan sesuai utk kulit kering.
5)
Compact foundation ~ formula semua-dalam-1. Ianya sudah mengandungi bedak. Biasanya dlm bentuk compact dan m'punyai span skali. Bagaimanapun litupannya nipis shj. Ramai dikalangan kita yg selalu m'gunakannya utk touch-up. Sesuai utk semua jenis kulit kecuali kulit kering.
6)
Stick foundation ~ Berbentuk batang dan merupakan asal-usul foundation. Mempunyai tekstur yg heavy so sgt sesuai utk kulit yg mpunyai masalah parut jerawat dll. Oleh kerana litupan yg tebal, ia lbh byk dan sesuai digunakan utk stage makeup dan juga utk pengantin.
Akhir2 ni, terdapat 1 lg jenis foundation yg menyerupai bedak tabur. Pernah dgr
mineral powder foundation? Bentuknya kelihatan spt bedak tabur. Antara fav sy sbb bila pakai ni sy dh tak perlu pakai bedak lg. Tp sapuannya memerlukan berus khas dan juga teknik t'sendiri.
Cukup dulu setakat ni, utk entry akan dtg sy b'cadang utk berkongsi cara2 memilih warna foundation yg sesuai utk kulit. Daaa~