Selamat Datang ke Blog Saya (Welcome to my blog)

Selamat datang ke galeri saya. Saya ialah seorang makeup artist (mak andam) utk majlis pertunangan, nikah, sanding, dinner, konvo dan apa jua majlis yg anda inginkan. Blog ini adalah tempat utk berkongsi hasil kerja saya dan juga media utk menyatakan pendapat, tip2 mekap, kecantikan dan kesihatan yg ingin saya kongsikan bersama anda ;)

Welcome to my gallery. I'm a makeup artist based in Kuala Lumpur, Malaysia and i do makeover for any occasion such as engagement, solemnization, reception, dinner, convocation etc. U name it. I use this blog to share my artwork with u and sometimes i will post beauty/health tips, my opinion and even my silly thoughts... haha. Feel free to scroll down my blog and leave any constructive comment, notes or anything..

Sunday, April 17, 2011

Cara utk pilih warna foundation yg sesuai.

     Sebelum ni sy dh senaraikan jenis2 formulasi bedak asas atau foundation serta kessesuaiannya mengikut jenis kulit. So, sekiranya anda dah pilih formula yg sesuai utk anda, skrg kena tau cara2 utk acu-cuba-try-test foundation dgn warna kulit plak sebelum membelinya.
  • Ok, sebelum upacara mencuba tersebut dijalankan, pastikan anda berada di kawasan yg cerah. Klu dapat natural daylight, lg la terbaik.
  • Pilih beberapa jenis warna atau shades yg kelihatan plg dekat  atau sama dgn warna kulit anda.
  • Calitkan warna2 tersebut pada bahagian tulang rahang (spt pic di bwh) untuk memastikan warna mana yg plg sesuai/blend dgn warna kulit muka dan leher (esp utk mereka yg x bertudung). Shade atau warna yg kelihatan spt "hilang" ke dlm kulit (means cukup blend) adalah yg plg sesuai utk anda.

     Beberapa perkara yg perlu dielakkan ialah:
  • Jgn cuba foundation pd tangan atau pergelangannya (ramai org buat cam ni kan...) sbb warna kulit muka ngan tgn mmg berbeza.
  • Ramai org kita yg pilih foundation yg lg cerah warnanya dr warna kulit muka. Yala.. minda semua org dimomokkan lg putih lg cantik. Don't! Jgn pilih warna yg lebih cerah kecuali itu yg plg dekat dgn warna kulit anda. Foundation dan bedak yg lebih cerah membuatkan anda kelihatan tidak semulajadi dan seperti memakai topeng. Euwww... anda mesti tak suka bila org kata camtu kan?
Apapun selamat mencuba dan jumpa lg dlm next entry ya ~

Wednesday, April 6, 2011

Kita mulakan dgn yg asas...Foundation...

      Sy mulakan sesi basic mekap dgn pengenalan kpd foundation atau bedak asas. Foundation adalah yg pertama-tama skali disapu pd wajah sebelum produk2 mekap lain di apply. Ianya disapu slps pelembap telah dikenakan pd wajah. Sapuannya sebelum memakai bedak akan menampakkan kulit yg lbh licin dan gebu ;)

     Generasi skg sgt b'tuah kerana mpunyai pelbagai pilihan jenis2 foundation yg bersesuaian dgn jenis kulit masing2. Utk entry kali ini, sy akan menyenaraikan jenis2 foundation dan juga kesesuaiannya. As far as i know, ada 6 jenis foundation iaitu dari jenis tinted moisturizer, liquid, cream, mousse, compact dan juga stick. Kita pergi 1 persatu ye.

1) Tinted moisturizer ~ ia sbnarnya adalah kombinasi antara pelembap dan juga foundation. Biasanya formula ini tidak berapa likat dan coverage atau litupannya juga adalah nipis shj. So ia sesuai utk kulit remaja dan juga kulit yg tidak mempunyai byk masalah atau flawless.

2) Liquid foundation ~ plg popular kerana mudah disapu dan memberikan hasil yg kelihatan semulajadi (Sy juga selalu m'gunakan yg ni). Sesuai utk hampir semua jenis kulit kecuali kulit yg t'lampau kering. Utk yg m'punyai masalah kulit b'minyak atau kdg2 berjerawat, pilih formula yg oil-free.

3) Cream foundation ~ mpy formula yg lbh likat dari liquid foundation, kaya dan melembap. Sesuai utk kulit kering atau yg berusia.

4) Mousse foundation ~ juga agak melembap dan sesuai utk kulit kering.

5) Compact foundation ~ formula semua-dalam-1. Ianya sudah mengandungi bedak. Biasanya dlm bentuk compact dan m'punyai span skali. Bagaimanapun litupannya nipis shj. Ramai dikalangan kita yg selalu m'gunakannya utk touch-up. Sesuai utk semua jenis kulit kecuali kulit kering.

6) Stick foundation ~ Berbentuk batang dan merupakan asal-usul foundation. Mempunyai tekstur yg heavy so sgt sesuai utk kulit yg mpunyai masalah parut jerawat dll. Oleh kerana litupan yg tebal, ia lbh byk dan sesuai digunakan utk stage makeup dan juga utk pengantin.

    Akhir2 ni, terdapat 1 lg jenis foundation yg menyerupai bedak tabur. Pernah dgr mineral powder foundation? Bentuknya kelihatan spt bedak tabur. Antara fav sy sbb bila pakai ni sy dh tak perlu pakai bedak lg. Tp sapuannya memerlukan berus khas dan juga teknik t'sendiri.

     Cukup dulu setakat ni, utk entry akan dtg sy b'cadang utk berkongsi cara2 memilih warna foundation yg sesuai utk kulit. Daaa~

Sunday, April 3, 2011

Lamanyerr tak berblog...

Dah lama tak post entry baru dlm blog sy ni. Skg mmg agak malas ntk buat apa2 aje.. bkn sekadar malas berblog. Asyik nak rehat atau tido je. Mgkin sbb penat skt skg. Ye.. sy mmg kena byk berehat skg. Tp sy ok..sihat je. Alhamdulillah... Sy rs kwn2 semua tau ape mksd sy. Btw sy skg tgh cari bhn/fakta utk dijadikn entry baru. Insylh... akan di"post"kan secepat mgkin ke dlm blog yg dh b'sawang ni. Peaceeee ;)

Comel baby ni kan? Rs nk cubit2 pipi dia yg tembam tu. Heee~

Thursday, March 3, 2011

Put some make-up... show your effort!

Colour up your life!

Lama tak update blog ye.. kali ni entry sy pasal colour up yourself! Baru2 ni sy come across an article kat yahoo pasal faktor2 yg menyumbang kpd kenaikan gaji. Salah satu dpd byk2 faktor tu ialah sama ada anda apply make up or not. Katanya org yg apply makeup (p'puan je la ye) lbh mudah m'dapat kepercayaan majikan utk kenaikan gaji atau pangkat. Begitu juga masa interview keje baru.

Nk tau nape? Reasonnya ialah org yg apply make-up menunjukkan mereka ada effort atau usaha untuk meningkatkan diri compared dgn mereka yg plain je yg dianggap malas utk berusaha. Ini adalah study yg dijlnkan olh dorang. Sbnarnya sy dh byk kali t'baca ttg ni kt lain2 majalah jgk. Mmg la ada org yg kata, tak mekap.. natural beauty ape! Tp isunya kt sini, para majikan ni nk cari org yg rajin & ada effort utk majukan diri. Klu keje tu asyik bersua muka dgn customer.. lagi la perlu.

Tp jgn over plak makeup tu, cukup yg asas2 je. Klu terlebih makeup nnt org ingat u sibuk mekap je dari wat keje2 lain. Klu pegi function lain la. Cdgn sy yg asas2 tu (selain foundation/bedak) ialah eyeliner, blusher & lipstick. Klu nk pakai jgk eyeshadow ke.. terserah la. Blusher tu plak jgn merah sgt. Klu omputeh dorang wajib pakai mascara sbb most of their hair n eyelashes bknnya kaler itam. So dorang pakai mascara ntk bg nmpak bulu mata dorang n mata yg lbh galak. Utk p ofis, sy jarang pakai maskara sbb sememeh bila ambil wudhuk. Apa2 pun.. terserah pd keselesaan msg2, yg penting jgn over ye.

Tuesday, February 8, 2011

Sedikit Catatan dari Kampung Halaman ku

Baru2 ni sy blk kg jap..nun di Terengganu. Best blk lwn arus, blk ari sabtu, masa org dh mula blk ke kl smula.. so jln kitorang clear jer.. jln sebelah jamm teruk. So entry sy kali  ni ala2 duta pelancongan Trg gitu. Jgn marah..haha. Ni sharing je.. kot2 nnt anda2 nk ke Trg kan.. leh la merasa sdiri apa yg sy nk katakan. Penah dgr lagu Blues Terengganu Kita nyanyian Kump. Iklim. Ni sy ambik petikan dia skt:

"... kalu  nok tera nasi dagang, kita pakat gi kg. ladang.."
      maksudnya
" kalau nak cuba nasi dagang, kita sama2 pergi kg. ladang."
 Tp kali ni sy nk share 1 tempat lain yg nasi dagangnya mmg bestla. Bila sebut je pun, sy dh rs kecur air liur ni.. nk gi beli.. jauh...basi dulu la. Pic kt bwh ni adalah hidangan nasi dagang dr gerai Kak Pah. Gerai no. 30 kt food court Pantai Batu Burok. Nasinya tak byk sgt (rasa tak cukup sebab sedap sgt..huhu), tp lauk ikan tongkolnya... marvellous! dahla sedap, besar lak tu ikan dia (org tganu paggil ikan ayye). Ce teka, ce teka.. brp harga dia?.....RM 3 jer (tp tak masuk air ye). Mmg ramai yg tgh mkn nasi dagang ms kitorang sampai.. tmasuk beberapa family Chinese. Haha..free promotion utk Kak Pah ni.. tp tanpa promotion ni pun, dia dh tak cukup tgn melayan customer yg tak putus2.


Ok, kita sambung lirik lagu tadi:
".. wak beka gi mere, di setiu pata perangine, singgoh sebeto kite ke rantau abg.."
maksudnya lagi
"..buat bekal (nasi dagang tadi) pergi merang, di setiu pantai peranginan (setiu dah dekat dgn kelantan, so diaorg cakap loghat kelantan), singgah sebentar kita ke rantau abang.."

 So, kebetulan pulak, lps mkn nasi dagang td, sy n hubby singgah jap kt pantai kuala abang (dh dkt ngan rantau abg). Sebenarnya hasrat hati dlu2, ms kwen nk wat outdoor photog kt pantai ni coz bukit2 batu kecil yg ada kt situ menyebabkan pemandangannya sgt cantik for me. Tp tak jd la plak nk wat outdoor kt sana, jauhla dr umah.. almaklum la ms kwen tu macam2 hal kena settle.

My husband tgh lepak kt atas bukit batu ni (p/s: kena xtra caution ye kt atas ni, agak tinggi & curam)

Cepat snap... gayat ni!
Tak tau nk posing ape dah
Tu saja la setakat ni sedikit sharing dr sy bout my hometown. Daaa~

Saturday, February 5, 2011

Pertunangan Zariah & ....

Sebelum

Selepas

Flowers & Sisters
Pada 4/2/2011, saya telah mempersiapkan Zariah @ K.Zek utk majlis pertunangannya di Sg. Buloh. Sebenarnya sy lupa nama tunangannya. Sbb tu ".... " hehe. sori ek. Warna baju K.Zek mengingatkan sy kpd baju sy ms btunang dulu. Sama warna. Bunga2 stokin utk hantaran di design sendiri oleh k.zek. Cantik kan? Kebetulan kena pulak dgn tema Chinese New Year tuh... Kpd K.Zek, congrats skali lagi. Semoga segalanya berjalan lancar selepas ni & slmt melakukan p'siapan kwen plak. I'm hepi for u ;)

Thursday, February 3, 2011

My Idol for MakeOver Art

MissChievous
Her real name is Julia. Very talented. Love her gorgeous work, her positive attitude, her tips, her video + she's from Switzerland ... always dreaming to have my vacation there .. such a very beautiful country, indeed!

Kat atas tu adalah FB page dia. Dia mmg dh terer tahap gaban dh. Ada rancangan sendiri. Youtube dia pun mmg hot la..cam pisang panas. Ada fan from all over the world. Keep up the great work & inspiring others Julia. xoxo

p/s: Click here if u want to know more bout her.

PERFECT???


Sebelum sy mulakan topik ni, first i'm sori klu ada sesiapa yg tak senang dgn pic kt atas. But i don't want to talk bout the pic, sy nk cakap pasal lagu Perfect by P!nk. I mean.. the lyrics which are so meaningful to me which make me humming this song all the time for now. Plus, the melody is great too. Btw, P!nk's vocal is also impeccable ;)

It's about self-esteem, i love the video clip too. Compared to video P!nk yg dlu2, this one better and not as censored as others. Klu org tak faham dgn lirik dia, tgk jln citer video tu pun dh fhm. I like the ending most, how she decided to be herself, fully utilized her talent and u can see the outcome ;)

Actually, sy sendiri penah mengalami fasa di mana self-esteem berada di tahap plg bottom la. I think it's started when i'm in form 4 sehinggakan penah kena pggil ngan cikgu kaunseling coz performance sy jatuh & not as expected, plg teruk masa zaman matric. Ye la ms tu tak biasa lg dgn benda2 think positive ni. When people said bad things or ada apa2 yg menyebabkan rasa sedih..layan je perasaan tu smpi lg worse jadinya. Masa matric dlu i have a fren (should i called her a fren?), tak perlu la mention nama dia... yg selalu memperlekehkan, underestimate me. Bak kata P!nk "mistreated, misplaced, misunderstood.." Sehinggakan i feel so bad with myself and jd pendiam. Belajar pun tak leh fokus..(kesian saya kan? huhu) Sampaikan bila tgk pix yg capture masa matric pun, ada kwn sy cakap "nape la ati ni asyik duk tepi..plg ujung skali.. cam menyelit pun ada". I think she could sensed it. Tapi nasib baik la dpt jugak score >3.00. Ntah2..klu takder insiden ni, dpt perfect 4.00 kot. haha.. berangan! Ms sy sorang2, sy suka melukis, (dgn pensel je) anything.. tp sy plg byk lukis potret. Mmg hobi. Klu kt umah dlu, nk tgk tv lak, di dominasi by kaum lelaki lak, Adik beradik sy semua lelaki. Dorang suka tgk gusti, bola, f1 etc.So, dok sengsorang la sambil menconteng. Kluar pun slalu sorang2 naik bas. Mak sy mmg x suka sy kuar sorang2 tp nk wat cane takder org nk teman. Recently, i came across an article yg kata those yg takder adik beradik perempuan (at least 2 girls in a family) mmg suka memendam perasaan sorang & not sharing wif others. Ada kebenarannya... Only sehingga hari ni, br sy buka citer ni. Ok la, enough said pasal citer ni.. dh bukak bab br kan.

That situation, changed bit by bit bila sy masuk keje. Byk faktor, maybe kwn2 baru and my new hobby help me utk dptkan blk self-esteem & confidence level yg dh hilang tu. New thoughts also help. Ya... think positive. Sepatutnya bila org m'perlekehkan kita, kita harus lawan dgn cara yg +ve mcm tunjukkan yg kita boleh buat better dr dia. Kiranya sweet revenge la. haha.. One more thing, true love (wink2) also help me a lot in gaining tht confidence selain berdoa kpd-Nya.

Personally.. for me, there's nothing perfect in this world kecuali Allah, yg ada adalah yg great/sooo beautiful/or plg tidak pun.. almost perfect. Spt kata seorang coach English course;
"Practice doesn't make perfect, practice make fluent... there's nobody perfect."
Terserahla apa pandangan anda. Tapi jgn sesekali biarkan org lain m'jatuhkan anda ke tahap yg tak sepatutnya. Give her/him that sweet revenge! hahaha (gelak jahat). Daaa~

Wednesday, February 2, 2011

Tip2 kecantikan dan kesihatan


Nak lebih tips? klik sini
Sharing is caring right? ;)

Kita minta rama2 tp diberikan ulat bulu...

Hidup kita ni mcm kapal di tgh laut

Kdg2 kita pun mcm anak itik ni.. tertanya-tanya

Pada mulanya sy wujudkan blog ni adalah utk share hasil keje sy esp. hasil sy makeover org. Tp skg sy rasa mcm nk share perasaan & pndapat plak. Hurmm..tetiba jd sentimental lak lps dgr lagu  "love the way u lie part 2" by rihanna. huhu..
It's about life..yep.. hidup kita yg misteri ni. Kita mmg tak tau ape yg akan kita tempuh in future, even esok pun kita masih tak pasti. Dan selalu jugak kita tak dpt apa yg kita nk tp jgn kecewa sbb mgkin apa yg kita nk tu bukan yg terbaik utk kita. Penah dgr ayat yg lbh kurang cam ni kan... 
"Kita minta rama2 tp Allah berikan ulat bulu, minta bunga tp diberikan kaktus, minta hari yg cerah tp diberikan ribut. Tp selepas itu, ulat bulu bertukar menjadi rama2 yg sgt cantik even lbh cantik dr yg diminta, kaktus mengeluarkan bunga yg terindah, dan pelangi yg ceria keluar selepas ribut..."
So, hanya Allah yg tahu apa yg terbaik utk kita spt mana sebahagian maksud dlm surah Al-Baqarah ayat 216:
".....Boleh jd kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu; padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Apapun, kita harus berusaha bg mencapai apa yg kita inginkan kerana Allah tidak menyukai org yg malas berusaha. Hidup kita ni mcm kapal di lautan. Kita la kapten yg akan mengemudikan hala tuju kapal tersebut. Bila ribut di tgh laut, keputusan kapten juga yg akan menentukan karam atau tidak kapal t'sebut selain kuasa Allah Yg Esa.

p/s: 2 keping pix kt atas adalah antara my own hand-made card. Saje buat... hidupkan blk impian ms student2 dlu..Tp klu nk tempah pun bleh. haha. Nk tgk pix kad2 lain? klik sini

Tuesday, February 1, 2011

Sepupuku...Semoga Selamat Di Sana

Ani

Bantal rerama dr ani (masih digunakan smpi skg..tp sesungut dh tggal 1, kena cabut by si kecik Iman)


My cousin, hazwani atau nama manjanya, ani tgh belajar medic kat Mesir. Skg tgh chaos kt sana. Me and her family especially, really hope and doakan keselamatan dia kt sana. Ingatkan belajar kt mesir xderla nk risau sgt cam blajar kt negara omputeh coz pakaian dah lebih kurang, nk cari mkn pun senang... lain plak jdnya. Ani, blk cepat ye. Buku med.physiology yg ani nk pinjam ari tu tgh tggu ani kt umah

Saturday, January 29, 2011

Hepi CNY ... hop..hop




Chinese New Year (CNY) just around the corner and it is rabbit year right? So, i take this opportunity to wish my Chinese viewers, colleagues, and friends.. Happy Chinese New Year and may this "cute rabbit" will hop in with more happiness and prosperity.

p/s: Pix above are CNY-themed-deco @ one of top hotel in Selangor.

Sunday, January 23, 2011

MakeOver Utk Model Search

Sebelum

Selepas

Tak berapa lama dulu (dlm akhir thn lps), sy ada buat makeover on 1 of my colleague. Saje je kitorang nk try our luck utk pertandingan Mary Kay model search. Dia model, sy mekap kan. Klu nk ikutkan, saingan mmg la sengit sbb dlm Mary Kay tu, lbh ramai yg senior & lg terer bab mekap2 ni. Tp tak salah m'cuba kan. There's nothing to lose. Thnks Elize coz sudi jd my model...

Maskara b'tompok-tompok @ b'gumpal.. (omputeh cakap: flaky mascara)

Semalam sy post kan topik ni dlm page in fb, MakeUp ArTy's jugak nama page tu. Sy cuba ye link kan topik ni, tak tau la jd ke x ni.. hurmm.. let's click link kt bwh ni n tgk ape jd..
http://www.facebook.com/home.php#!/notes.php?id=102526476484557&notes_tab=app_2347471856

Friday, January 14, 2011

Betulkan Persepsi Anda

Apa yang anda faham tentang makeup artist? Ada kenalan sy yg ingat makeup artist ialah org yg mekapkan artis2/selebriti2. Tettt.. wrong! Artist sebenarnya berasal dari perkataan art. Art bermaksud seni. Melukis, lakonan, fotografi, grafik, nyanyian, kraftangan, even makeup pun adalah seni. Anda perlu mempunyai minat dan jiwa seni semasa membuat benda2 ni..then baru la dtg skill and finally dpt la hasilkan yang terbaik. Brg2 mahal yg digunakan kemudian kira. Artist tu adalah org yg mengamalkan seni. So...
                         Makeup Artist = Org yg mengamalkan seni mekap = Mak andam
Pastu.. klu org tu mekapkan penyanyi ke, pelakon ke.. barula kita pggil dia Celebrity Makeup Artist. Got it? So please understand when i said tht i want to be a successful makeup artist, doesn't mean i want to do makeover on our celebrity only. Tp klu ada antara mereka yg nk gunakan khidmat sy, what's wrong with tht right? So, when i repeat again tht i want to be a successful makeup artist ( & have my own bridal boutique), pls don't tell me... start la mekap pengantin dulu! Because i'm already in it! Just add the word successful there.

p/s: Org kita mmg suka buat persepsi sendiri kan? byk benda yg dibuat atau diucap tanpa mengetahui maksud sebenar. Just buat ikut turun-temurun. We must change tht. Buat la dengan pengetahuan...

Thursday, January 13, 2011

Kak Limah... Bukan Sekadar Omong Kosong

T-shirt siapa la ni.. wink2

Baru2 ni pi tgk citer ni. Sebenarnya sy tak la b'minat sgt, tp si suami yg beria sgt nk tgk, temankan je la... bukan nk memandang rendah citer Melayu cuma dulu penah skali tgk citer Melayu, X (bukan tajuk sebenar..haha) dgn housemates lama, tp hasilnya sgt la frust. Tak worth it beli tiket.. mcm tu la perasaan ms tu. Tp bila tgk citer ni, sy rasa ok sbb sgt suka mesej2 yg hendak disampaikan.. esp utk org Melayu kita ni... Ok, ce citer.. ce citer..straight to the point k (coz i dah ngantuk ni):

1. Jgn mudah  sgt percaya benda2 tahyul. Siasat dulu sebelum buat apa2 tuduhan.
2. "What u think is what u get".. agree sgt coz ini la yg sy tgh praktikkan. Kdg2, benda2 tu..tak kirala apa bendanya.. dtg kpd kita sbb benda tu yg asyik kita fikir. So meh kita pakat pikir benda2 yg baik je k..think positive! Insylh...everything will be ok.
3. Org Melayu jgn la terlalu m'harapkan subsidi/bantuan kerajaan saja. Untuk berjaya, kita kena berusaha.. jgn la duk salahkan org lain je tak bg ni la, tak bg tu la, yg kita ni duk melangut je. Mcm dlm citer ni, watak Awie siap berhijrah ke Singapura lg utk buktikan yg dia boleh berjaya.

Itu saja la yg sy nk share dgn semua. Byk lg mesej2 lain, tp yg sy nmpk plg penting 3 ni la. Lgpun sy da ngantuk... zzzzzzzzzZZZZ. Daa~

All About Bday

Blueberry cheesecake for me

Saaaanngatla cantik & luxurious... wish could stay there longer

Kad utk bday ayoh.. cam budak2 plak.. haha
Salaamm.. kpd mereka yg dh tau yg sy br shj menyambut bday 9 Jan br2 ni, spt dlm blog 3 series sy (tak pandai lg la nk link kan tajuk tu), ada few pix yg sy nk share. Actually, mlm tu sy dan suami telah mendapat penginapan PERCUMA kt sebuah hotel tuuutt...(tp rasanya maybe u ol bleh agak dr pic hotel di atas). Antara semua hotel yg sy pnah stay, inilah bilik yg plg mewah... minister suite..ada ruang tamu, 1 bilik tdo yg besar, 1 bilik air kecil, 1 bilik air yg sgt besar dan 2 balkoni. Pic kt atas tu sy snap dr our balkoni. Maafla, tak dapat nk share pic bilik kt sini. Dan org yg bg kek tu kata rate bilik tu 1k++/nite. Waahh..klu bkn sbb percuma mmg tak merasa la tdo blk tu.

Actually, pd 4 Jan yg lps juga bday ayah sy yg ke 54. I made a wish card and post to him. hehe. Ntah ape la respon dia. Tak penah wat camtu. Sbnarnya sy berasal dari family yg TAK PENAH sambut bday. Mmg dah biasa.. tak kisah pun. Mak dgn ayah ada benda yg lebih penting utk dibuat. Sy akui mmg sy sgt kekok bila dh besar ni br nk smbut bday. Thts why, i told my husband yg sy tak nak celebrate pun bday br2 ni...tp dia insist utk p bcuti masa tu...lgpun dh lama dpt yg free tu tp tak pegi2 lg. Lgpun 1 mlm je & weekend plak tu. Apa lagi.. pegi je la..rehatkan badan & minda sekejap. To ayoh, Semoga panjang umo, sihat dan murah rezeki. Blk kg nnt, Insylh i plan to take my parents mkn luar. Bday mok pun dh dekat.. bulan 2.. sama dgn bday 1 of my good friend, ateq@cik ceria... haissshh, cane nk tag ni??? klu dlm fb tau ler... byk lg kena blajar ni ;p

Sunday, January 9, 2011

Overnight Sensations

Overnight Sensations

Just a sharing ;)

3 series...

Alhamdulillahh.. syukur kpd Allah kerana diberi peluang utk hidup dgn sihat sehingga saat ini. Today ~ 9th Jan, is my 30th bday. Gud bye 20's. For all this while, i feel very thankful kerana pengalaman2 sebelum ni telah menjadikan sy seorg yg wiser, lebih tenang m'hadapi hidup, more confident, more positive and stronger. Tak semua impian or target dah tercapai but i'll work on it. It's ok. Have to review my planning. But so far.. thanks Allah coz today i'm a lot better than yesterdaysssss....

Saturday, January 8, 2011

Selamat Segalanya..



Part of my handmade card


Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2011 utk semua. Semoga semua berjalan seperti yang dirancangkan... but we have to work for the plan right? Sweet memories remain and welcome to the better days ahead ;)

Lain-lain...

Selain mekapkan pengantin & petunang, sy juga ada mekapkan org yg nk gi dinner, family pengantin ke, ada jugak yg saje2 nak makeover ke. Kat bawah ni ada few pix, first pic tu sy mekapkan 3 org fmly pengantin kt kajang, tp yg pengantin tu org lain mekapkan






p/s: tak jadila plak few pix, 1 pic je.. tatau la nape pix lain2 tak leh buka plak.. haishhh

Friday, January 7, 2011

Pembuka Tahun 2011


Memang sangat2 la pembuka tahun, pada 1/1/2011 @ 1.1.11 yg lalu, Azlin telah selamat bertunang dengan buah hati kesayangannya..seperti nama yang tertera pd hantaran towel berhias susu di atas (comel kan hantaran tu)... dan saya telah mempersiapkannya pada hari itu. Kawasan sekeliling rumahnya di Sekinchan tu mmg sgt sesuai dijadikan kwsn utk outdoor photog. Dikelilingi sawah.. mmg best!

Penutup Tahun 2010



Ned atau nama sebenarnya Nateha Fatin adalah pengantin terakhir yang sy mekapkan utk tahun 2010. Pengantin Krismas ni. hohoho. Dia juga telah memberi kepercayaan kpd sy untuk mekapkan dia sempena nikah dan persandingannya di Shah Alam. So dari pix kt atas mesti semua dh tahu mana pic nikah n mana utk sanding kan?

Collection awal 2010






Pix kat atas adalah antara pengantin yang saya mekapkan pada awal 2010. Pengantin ni adalah kawan sy juga, Su. Thanks su for trusting me.. luv ya bebeh. hehe. Pic 1st atas belah kiri before mekap, kemudian in progress. Bawah kiri, mekap for nikah last sekali for sanding. Happily ever after for sue & hubbynya - nyong. Cam Shrek 4 gitu..


p/s: pasni terus akhir tahun 2010 la... jenuh plak nak meng-upload pix ni. huhu

Masih lagi pix lama2



p/s: kiri - before. kanan-after makeup. masih lagi petunang2 ;)

Antara hasil mekap terawal saya..






Salam utk semua.. hari ni sy nak share mcm mana sy boleh "tercebur" ke bidang mekap ni. Memang sy selalu sgt ditanya dan orang memang pelik mcm mana sy boleh buat benda yang totally different dari bidang sy belajar dan juga kerja hakiki saya. Apa yang saya boleh katakan ialah ianya kebetulan (sweet serendipity ;p). Masa sekolah rendah dulu2 memang saya suka melukis dan mewarna..even slalu gak masuk pertandingan walaupun tak menang..hehe. Masa sekolah menengah and matric plak saya gemar sgt melukis potret. Tapi tak dikembangkan pun. Then, klu ikutkan masa sy mula2 keje dulu, i'm a very plain girl. Langsung tak mekap. Tapi sy akui memang sy suka perhatikan org yang tengah bermekap. Pastu, sy berkenalan dgn kwn2 yg suka mekap (wlupun diaorg mekap light2 je) so apa lg berjangkit la. Tp masa tu utk diri sendiri je la.

So, mcm mana sy start mekap pengantin pulak? Kira2 4 tahun yg lepas (belum cukup 4 thn rasanya).. masa tu spupu nk kwen. Perkahwinannya sangatla sederhana (tapi meriah dgn saudara-mara). Utk jimatkan belanja, dia tidak mengambil mak andam pun.. tp ms tu mmg takder org pun yang boleh mekapkan. So, sy pun mengambil insiatif mengumpul brg2 mekap dr sedara2 (sy sdiri takder brg) sbb tak sampai hati tgk di hari bersejarah dia tapi nak bedak ala kadar je. Tempekla apa yang ada..even maskara pun tak pakai sbb mmg takder. Tp tak sangka ramai plak yang puji cantik...ehehe. I have no collection of her photo. Tp dia memang berseri dgn baju pinknya.

Dua pasang pix before and after di atas adalah antara "petunang" terawal yg sy mekapkan after sepupu sy tu (awal2 dlu tak berani nak mekap pengantin lg.. takut tak jadi). Bila tgk hasil dulu2...hurmmm... i think my skill improved a lot today (Alhamdulillah) and i'm still keep improving it coz masih byk yg perlu dipelajari.

p/s: sy baru je ni try combine byk2 pix dlm satu sheet... so maafla sbb terpenyek skt muka before mekap yg kat atas tu.