Selamat Datang ke Blog Saya (Welcome to my blog)

Selamat datang ke galeri saya. Saya ialah seorang makeup artist (mak andam) utk majlis pertunangan, nikah, sanding, dinner, konvo dan apa jua majlis yg anda inginkan. Blog ini adalah tempat utk berkongsi hasil kerja saya dan juga media utk menyatakan pendapat, tip2 mekap, kecantikan dan kesihatan yg ingin saya kongsikan bersama anda ;)

Welcome to my gallery. I'm a makeup artist based in Kuala Lumpur, Malaysia and i do makeover for any occasion such as engagement, solemnization, reception, dinner, convocation etc. U name it. I use this blog to share my artwork with u and sometimes i will post beauty/health tips, my opinion and even my silly thoughts... haha. Feel free to scroll down my blog and leave any constructive comment, notes or anything..

Sunday, July 22, 2012

Fana bertunang

Sebelum


Selepas mekap

Occasion: Engagement
Venue     : Kg. Melayu Rasa Tambahan
Date       : 1Julai2012

Notes: 1st time sampai Kg. Rasa ni. Cuakla drive takut sesat. Cuak sgt smpi tertinggal kamera. So, ni je la pic yg ada. Tu pun atas ihsan si Fana comey ni. huhu. Konpius jap before nak mekapkan fana. Empunya badan request natural look, emaknya nk btul2 pnya mekap smpai muka nmpk lain. So i decided to continue wif my fav - natural look! tak suka tebal2 la. Sib baik kulit fana tak problematic sgt, dapatla guna foundation yg nipis2 je. Untuk tidak menghampakan permintaan emaknya, sy pakaikan dia fake eyelashes to get dramatic look. Ewah ~

Saturday, July 14, 2012

Me...Comeback!

Hi there.... just to warm up my "cold" blog.  It's been more than a year... just do makeover utk majlis pertunangan baru-baru ni. Will post the pics later k.. c u

Sunday, April 17, 2011

Cara utk pilih warna foundation yg sesuai.

     Sebelum ni sy dh senaraikan jenis2 formulasi bedak asas atau foundation serta kessesuaiannya mengikut jenis kulit. So, sekiranya anda dah pilih formula yg sesuai utk anda, skrg kena tau cara2 utk acu-cuba-try-test foundation dgn warna kulit plak sebelum membelinya.
  • Ok, sebelum upacara mencuba tersebut dijalankan, pastikan anda berada di kawasan yg cerah. Klu dapat natural daylight, lg la terbaik.
  • Pilih beberapa jenis warna atau shades yg kelihatan plg dekat  atau sama dgn warna kulit anda.
  • Calitkan warna2 tersebut pada bahagian tulang rahang (spt pic di bwh) untuk memastikan warna mana yg plg sesuai/blend dgn warna kulit muka dan leher (esp utk mereka yg x bertudung). Shade atau warna yg kelihatan spt "hilang" ke dlm kulit (means cukup blend) adalah yg plg sesuai utk anda.

     Beberapa perkara yg perlu dielakkan ialah:
  • Jgn cuba foundation pd tangan atau pergelangannya (ramai org buat cam ni kan...) sbb warna kulit muka ngan tgn mmg berbeza.
  • Ramai org kita yg pilih foundation yg lg cerah warnanya dr warna kulit muka. Yala.. minda semua org dimomokkan lg putih lg cantik. Don't! Jgn pilih warna yg lebih cerah kecuali itu yg plg dekat dgn warna kulit anda. Foundation dan bedak yg lebih cerah membuatkan anda kelihatan tidak semulajadi dan seperti memakai topeng. Euwww... anda mesti tak suka bila org kata camtu kan?
Apapun selamat mencuba dan jumpa lg dlm next entry ya ~

Wednesday, April 6, 2011

Kita mulakan dgn yg asas...Foundation...

      Sy mulakan sesi basic mekap dgn pengenalan kpd foundation atau bedak asas. Foundation adalah yg pertama-tama skali disapu pd wajah sebelum produk2 mekap lain di apply. Ianya disapu slps pelembap telah dikenakan pd wajah. Sapuannya sebelum memakai bedak akan menampakkan kulit yg lbh licin dan gebu ;)

     Generasi skg sgt b'tuah kerana mpunyai pelbagai pilihan jenis2 foundation yg bersesuaian dgn jenis kulit masing2. Utk entry kali ini, sy akan menyenaraikan jenis2 foundation dan juga kesesuaiannya. As far as i know, ada 6 jenis foundation iaitu dari jenis tinted moisturizer, liquid, cream, mousse, compact dan juga stick. Kita pergi 1 persatu ye.

1) Tinted moisturizer ~ ia sbnarnya adalah kombinasi antara pelembap dan juga foundation. Biasanya formula ini tidak berapa likat dan coverage atau litupannya juga adalah nipis shj. So ia sesuai utk kulit remaja dan juga kulit yg tidak mempunyai byk masalah atau flawless.

2) Liquid foundation ~ plg popular kerana mudah disapu dan memberikan hasil yg kelihatan semulajadi (Sy juga selalu m'gunakan yg ni). Sesuai utk hampir semua jenis kulit kecuali kulit yg t'lampau kering. Utk yg m'punyai masalah kulit b'minyak atau kdg2 berjerawat, pilih formula yg oil-free.

3) Cream foundation ~ mpy formula yg lbh likat dari liquid foundation, kaya dan melembap. Sesuai utk kulit kering atau yg berusia.

4) Mousse foundation ~ juga agak melembap dan sesuai utk kulit kering.

5) Compact foundation ~ formula semua-dalam-1. Ianya sudah mengandungi bedak. Biasanya dlm bentuk compact dan m'punyai span skali. Bagaimanapun litupannya nipis shj. Ramai dikalangan kita yg selalu m'gunakannya utk touch-up. Sesuai utk semua jenis kulit kecuali kulit kering.

6) Stick foundation ~ Berbentuk batang dan merupakan asal-usul foundation. Mempunyai tekstur yg heavy so sgt sesuai utk kulit yg mpunyai masalah parut jerawat dll. Oleh kerana litupan yg tebal, ia lbh byk dan sesuai digunakan utk stage makeup dan juga utk pengantin.

    Akhir2 ni, terdapat 1 lg jenis foundation yg menyerupai bedak tabur. Pernah dgr mineral powder foundation? Bentuknya kelihatan spt bedak tabur. Antara fav sy sbb bila pakai ni sy dh tak perlu pakai bedak lg. Tp sapuannya memerlukan berus khas dan juga teknik t'sendiri.

     Cukup dulu setakat ni, utk entry akan dtg sy b'cadang utk berkongsi cara2 memilih warna foundation yg sesuai utk kulit. Daaa~

Sunday, April 3, 2011

Lamanyerr tak berblog...

Dah lama tak post entry baru dlm blog sy ni. Skg mmg agak malas ntk buat apa2 aje.. bkn sekadar malas berblog. Asyik nak rehat atau tido je. Mgkin sbb penat skt skg. Ye.. sy mmg kena byk berehat skg. Tp sy ok..sihat je. Alhamdulillah... Sy rs kwn2 semua tau ape mksd sy. Btw sy skg tgh cari bhn/fakta utk dijadikn entry baru. Insylh... akan di"post"kan secepat mgkin ke dlm blog yg dh b'sawang ni. Peaceeee ;)

Comel baby ni kan? Rs nk cubit2 pipi dia yg tembam tu. Heee~

Thursday, March 3, 2011

Put some make-up... show your effort!

Colour up your life!

Lama tak update blog ye.. kali ni entry sy pasal colour up yourself! Baru2 ni sy come across an article kat yahoo pasal faktor2 yg menyumbang kpd kenaikan gaji. Salah satu dpd byk2 faktor tu ialah sama ada anda apply make up or not. Katanya org yg apply makeup (p'puan je la ye) lbh mudah m'dapat kepercayaan majikan utk kenaikan gaji atau pangkat. Begitu juga masa interview keje baru.

Nk tau nape? Reasonnya ialah org yg apply make-up menunjukkan mereka ada effort atau usaha untuk meningkatkan diri compared dgn mereka yg plain je yg dianggap malas utk berusaha. Ini adalah study yg dijlnkan olh dorang. Sbnarnya sy dh byk kali t'baca ttg ni kt lain2 majalah jgk. Mmg la ada org yg kata, tak mekap.. natural beauty ape! Tp isunya kt sini, para majikan ni nk cari org yg rajin & ada effort utk majukan diri. Klu keje tu asyik bersua muka dgn customer.. lagi la perlu.

Tp jgn over plak makeup tu, cukup yg asas2 je. Klu terlebih makeup nnt org ingat u sibuk mekap je dari wat keje2 lain. Klu pegi function lain la. Cdgn sy yg asas2 tu (selain foundation/bedak) ialah eyeliner, blusher & lipstick. Klu nk pakai jgk eyeshadow ke.. terserah la. Blusher tu plak jgn merah sgt. Klu omputeh dorang wajib pakai mascara sbb most of their hair n eyelashes bknnya kaler itam. So dorang pakai mascara ntk bg nmpak bulu mata dorang n mata yg lbh galak. Utk p ofis, sy jarang pakai maskara sbb sememeh bila ambil wudhuk. Apa2 pun.. terserah pd keselesaan msg2, yg penting jgn over ye.

Tuesday, February 8, 2011

Sedikit Catatan dari Kampung Halaman ku

Baru2 ni sy blk kg jap..nun di Terengganu. Best blk lwn arus, blk ari sabtu, masa org dh mula blk ke kl smula.. so jln kitorang clear jer.. jln sebelah jamm teruk. So entry sy kali  ni ala2 duta pelancongan Trg gitu. Jgn marah..haha. Ni sharing je.. kot2 nnt anda2 nk ke Trg kan.. leh la merasa sdiri apa yg sy nk katakan. Penah dgr lagu Blues Terengganu Kita nyanyian Kump. Iklim. Ni sy ambik petikan dia skt:

"... kalu  nok tera nasi dagang, kita pakat gi kg. ladang.."
      maksudnya
" kalau nak cuba nasi dagang, kita sama2 pergi kg. ladang."
 Tp kali ni sy nk share 1 tempat lain yg nasi dagangnya mmg bestla. Bila sebut je pun, sy dh rs kecur air liur ni.. nk gi beli.. jauh...basi dulu la. Pic kt bwh ni adalah hidangan nasi dagang dr gerai Kak Pah. Gerai no. 30 kt food court Pantai Batu Burok. Nasinya tak byk sgt (rasa tak cukup sebab sedap sgt..huhu), tp lauk ikan tongkolnya... marvellous! dahla sedap, besar lak tu ikan dia (org tganu paggil ikan ayye). Ce teka, ce teka.. brp harga dia?.....RM 3 jer (tp tak masuk air ye). Mmg ramai yg tgh mkn nasi dagang ms kitorang sampai.. tmasuk beberapa family Chinese. Haha..free promotion utk Kak Pah ni.. tp tanpa promotion ni pun, dia dh tak cukup tgn melayan customer yg tak putus2.


Ok, kita sambung lirik lagu tadi:
".. wak beka gi mere, di setiu pata perangine, singgoh sebeto kite ke rantau abg.."
maksudnya lagi
"..buat bekal (nasi dagang tadi) pergi merang, di setiu pantai peranginan (setiu dah dekat dgn kelantan, so diaorg cakap loghat kelantan), singgah sebentar kita ke rantau abang.."

 So, kebetulan pulak, lps mkn nasi dagang td, sy n hubby singgah jap kt pantai kuala abang (dh dkt ngan rantau abg). Sebenarnya hasrat hati dlu2, ms kwen nk wat outdoor photog kt pantai ni coz bukit2 batu kecil yg ada kt situ menyebabkan pemandangannya sgt cantik for me. Tp tak jd la plak nk wat outdoor kt sana, jauhla dr umah.. almaklum la ms kwen tu macam2 hal kena settle.

My husband tgh lepak kt atas bukit batu ni (p/s: kena xtra caution ye kt atas ni, agak tinggi & curam)

Cepat snap... gayat ni!
Tak tau nk posing ape dah
Tu saja la setakat ni sedikit sharing dr sy bout my hometown. Daaa~